Hei boroi. Hei boroi. Hei.
Ah kau. Keboroian aku ini negatifnya saja kau nampak. Kau suapkan perspektif kotor itu pada aku. Mungkin kerana kau rasa aku kisah, takut atau malu. Tapi, kau kena tahu subjektifnya perspektif. Misal kata aku kata. Kalau kau tengok cantiknya pelangi. Kita-kita ini yang kebiasaannya nampak 7 lapisan warna. Dari merah ke ungu. Tapi, mungkin dari sudut pandang orang seni, warnanya seribu, juta atau barangkali seribu satu piksel warna yang kau tak pernah tahu. Mungkin juga, sudut pemikiran jika dan maka orang sains pula pada perhatiannya hanya nampak satu warna putih sahaja, terbias menjadi spektrum warna, tidak ada lebih dari itu.
Sudahlah. Apa kau nak cerita ni sebenarnya. Kau tahu 24-7 aku bukan untuk kau sorang guna.
Itu aku tahu. Tapi ada kau tahu kenapa aku boroi? Mungkin kau nak menyindir, aku punya makan minum banyak, dari nasi lemak sampailah teh tarik mamak. Itu semua kau akan ungkit. Tapi kau silap. Aku punya boroi ini takdir. Kau tahu sains ini macam mana. Kau, aku tahu pandai, jadi tak perlu rasanya aku terangkan segala-galanya. Ringkas aku katakan, bumi yang kau duduk ini sfera, dan dari dalam juzuk bumi itulah ada tenaga graviti, yang kasi kita kekal dibawah tidak terapung-apung.
Jadi?
Jadi? Kau tanya lagi, jadi? Kau cuba tengok perut yang kau panggil boroi ini arahnya ke mana? Bawah bukan? Ini semuanya tenaga graviti. Ini bukan masalah berapa banyak aku makan dan berapa kurang aku sukan. Teorinya, kalau graviti ini kita tolak tepi, mungkin yang kau nampak bukan perut aku yang besar, mungkin dada aku semakin bidang. Siapa tahu.
Kiranya kau nak salahkan hukum alam lah pasal kau boroi?
Ini bukan siapa salah siapa betul. Aku cuma analogikan teori aku. Aku tahu kau nak menidakkan teori aku. Dan kau kena tahu Stephen Hawking pernah menyatakan teori sains yang baik adalah teori yang boleh disangkal, yang sementara, yang susah untuk dibuktikan.
Hei boroi. Hei boroi. Hei.
3 Komen:
Hei boroi. Hei boroi. Hei.
Taiko,
Sudahlah. Sudah. Nanti ada orang terasa. Kahkahkah.
boroi tanda kekayaan
Catat Ulasan