Yang Amat Mulia Hafiz (YAMH), bukanlah nama sebenar. Tapi, kalau ada terjumpa pada laman sesawang sosial, itu mungkin dia dan mungkin tidak. Siapa tahu. Dan, kalau saya perihalkan dia punya tubuh, jangan pula kau semua takut tak boleh tidur. Tahu?.
Secara harfiah. Sekian punya badan sangat besar kalau diterbalikkan gunung hanya digunakan sebelah kudrat tangan sahaja, dan sekian punya suara sangat garau jika ia menjerit boleh mengegarkan langit sampai petala tujuh hendaknya, dan sekian punya bengis kalau dilihatkan pada anak kecil boleh menangis sampai tujuh keturunan lamanya.
Sejujurnya lagi saya katakan, YAMH yang namanya di sini bukannya nama sebenar. Sekilas pandang, mungkin ada yang rasa; rasa ingin pijak tapi takut, rasa ingin peluk tapi takut; rasa ingin tanya di mana rumah si polan dan si polan tapi rasa takut. Jangan.
YAMH pada zahir sahaja, besar, garau dan bengis. Tapi percayalah cakap saya. Percaya dengan sesungguhnya. Bila masuk saja waktu makan tengah hari. Tepat. Dan cepat. YAMH akan keluar dari masyarakat, sembunyi dibalik-balik pintu. Berbisik-bisik dengan baby. Kata dia, aku bukan takut. Tapi sayang. Kahkahkah.
Ini bukan rempit dalam hati ada taman. Ini naga api, mulut berapi tapi hati berperisa strawberi.
3 Komen:
Ini kalau gigit orang mahu tercabut akan tangannya.
ha ha ha
aku mahu jumpa sama itu YAMH
sekian punya YAMH daa
Catat Ulasan