Transformasi

*****

"Haji! Belakang ji! Belakang!"

Lelaki yang berusia lewat 70 an itu dengan tangkas meletakkan 3 butir peluru tepat pada rahang, dada dan kaki pada musuhnya yang hampir sahaja menghinggapkan parang panjang pada batang lehernya. No mercy. Mujurlah ada anak-anak muda yang masih berada pada pihaknya. Kedut ditepi matanya sudah nampak jelas menunjukkan parut usianya. Tapi matanya masih lagi tajam. Masih lagi boleh melihat yang mana putih dan yang mana tidak. Lebih-lebih lagi untuk hari seperti ini.

Janggut yang beruban putih itu sudah mula ditutupi dengan campuran peluh dan darah merah.

Dia masih berdiri pada tengah-tengah kota neraka itu.

Di belakangnya terdapat tiga anak kecil seusia dengan cucunya melemparkan molotov cocktail pada jentera-jentera pengawal. Deraian letusan logam-logam terpisah dari mekanikal luluh pada salah seorang dari tiga wirawan kecil itu. Namun letupan yang kecil itu sekadar membisu pada medan perang seperti ini.

Dia masih berdiri pada tengah-tengah kota neraka itu.

Anak muda yang berada pada barisan hadapannya sudah lama bermandikan darahnya sendiri. Sekadar peluru-peluru yang bersaiz 9 milimiter itu masih belum cukup untuk memamahkan semangatnya. Prinsip itu harus tegak walau dibayar dengan nyawa.

Dia masih berdiri pada tengah-tengah kota neraka itu.

Menyaksikan sang tangan yang menghayunkan buaian itulah yang menggoncangkan dunia.

Dia masih berdiri pada tengah-tengah kota neraka itu.

Hanya dapat melihat tangisan Izrail yang tidak putus-putus mengambil nyawa.


*****

Apa beginikah persepsi kerajaan dan jentera pihak berkuasa pada rakyat kebanyakkan yang cuba memperbetulkan saluran yang betul?
Ini bukan perang yang cuba disampaikan.
Ini hak.
Kalau hak pun ingin di ambil, apa lagi yang kami ada?

0 Komen: